Monday, October 29, 2012

PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK (PTD) M41

Pegawai Tadbir Dan Diplomatik M41

Menjadi seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) bukanlah sesuatu yang mudah. Ini kerana ianya dianggap sebagai satu kerjaya yang eksklusif. Prosedur pemilihan merupakan satu proses yang agak ketat. Dalam proses penapisan sahaja, seseorang yang mahu bergelar pegawai PTD harus menempuhi 3 tahap ujian yang bertujuan menguji kemahiran dan ilmu yang dimiliki.


Pada peringkat umumnya, kelulusan anda dinilai sama ada anda layak atau tidak untuk memohon menjadi Pegawai Tadbir Diplomatik. Bagi yang tidak dipanggil untuk peperiksaan PTD, mungkin wujud ‘kepincangan’ kelulusan akademik anda. 


Jika lulus dan layak untuk menduduki ujian, anda perlu bersedia dengan pengetahuan yang secukupnya kerana exam ptd memerlukan pemahaman dan kesedaran tentang kepentingan maklumat dan berilmu pengetahuan yang jitu. Anda perlu peka dengan sebarang isu semasa dalam / luar negara dan perlu banyak membaca bagi memantapkan ilmu pengetahuan. 


Pengambilan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) buat masa ini telah DITUTUP sehingga diberitahu kelak. Sentiasa melayari Portal SPA untuk mengetahui tarikh pengambilan baru.


Rujukan PTD di SINI


Dapatkan Tips Dan Panduan Bagaimana Lulus Dengan JAYANYA Temuduga Kerja Kerajaan Di SINI

No comments:

Post a Comment